<< January 2012 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed


Feb 17, 2006
Adam Dan Hawa

Adam Dan Hawa- Aisya Sofea


Chapter 1

Aku memulakan tugas pada hari pertama dengan menghadirkan diri agak awal. Walaupun jarak di antara tadika dan rumah maklang memakan masa tidak sampai 15 minit berjalan kaki, tapi aku sudah berada di sana sejam lebih awal. Kak Zah belum tiba lagi.Yang ada hanya beberapa guru sedang mengemas dan menyiapkan perkakas yang akan digunakan sepanjang hari. Seorang gadis yang mungkin sebaya denganku meyapaku mesra. Aku mula terasa diterima di dalam kelompok tenaga pengajar di sini.

Anak-anak kecil berkeliaran berlari ke sana sini.Malah, sudah ada yang peluh memercik di dahi.kanak-kanak perempuannnya pula ramai yang berbual kosong. Aku seronok memerhatikan mereka. Seadainya aku mempunyai anak suatu hari nanti, mungkin juga anak-anakku seperti mereka nanti. Nakal, lincah dan comel-comel.Angan-anganku yang entah dari mana datangnya, membuat aku ketawa. 'Ke situ pula perginya....' desis hati kecilku.

"Paling penting kena banyak bersabar," tambah Cikgu Zaleha yang mengajar kanak-kanak berumur enam tahun.

Aku sekadar mengangguk.

" Kalau kita keras, mereka lagi keras.Jadi, jalan terbaik kena banyak sabar.Cakap pun kena lembut walaupun hati tu dah menggelegak marah. memang...kalau ikutkan hati,tangan tu cepat aje nak cubit-cubit dia orang tu. Tapi kita mesti ingat...mak bapak mereka akan salahkan kita walaupun kawan dia yang cucuk pensel kat punggung anak mereka ke..kawan dia yang tolak sampai luka anak dia ke..semuanya akan jadi salah cikgu.Jadi pandai-pandailah Ain control budak-budak ni."


Chapter 2

" Dah jumpa hero sekolah ni? "

" Siapa?"

"Alah..dia tu.."

Aku mengerutkan dahi pada Junaidah yang diperkenalkan sebagai Jun oleh Kak Zah pagi tadi. Malah, seluruh kakitangan tadika dan taska telah diperkenalkan kepadaku. Walaupun baru berkenalan, mereka mudah mesra dan aku selesa dengan keramahan mereka.

Baru kenal tidak sampai sehari, Jun sudah mahu berteka teki denganku. " Siapa?"tanyaku lagi.

" Siapa lagi,Amlah!" sampuk Linda pula sambil ketawa.Ini turut diikuti tawa mereka yang bertugas di bahagian taska pula.Taska dan tadika milik Kakzah terletak bersebelahan sahaja.Hanya dipisahkan dengan sebatang jalan raya. kakzah sesekali berulang alik ke taska untuk memantau keperluan dan jika ada masalah berlaku di sana.

" Oh,dia tu" ujarku.Sekilas dalam fikiran senyumannya bagaikan panorama indah yang tidak pernah aku saksikan.

" Dia dah perkenalkan diri dia pada Ain?"Tanya Kak Cham hanya tersenyum.

" baik-baik sikit dengan Am tu.Dia tu dah ada orang booking.." celah Jun lagi.Linda beria-ia mengangguk.

Aku tidak faham maksud kata-kata itu.Apa yang lucunya tentang Am?Kenapa aku terpaksa berhati-hati pula?kata-kata mereka ini meletakkan diriku bagao orang dungu.Sudahlah sebentar tadi Cikgu Zauyah mengingatkan aku agar menjauhkan diri daripada Am, kini mereka pula.


Posted at 05:25 pm by mamasempoi
Make a comment